Dasar Privasi

Berkuatkuasa: 30 September 2021

Snap Inc. adalah sebuah syarikat kamera. Produk dan perkhidmatan kami - termasuk Snapchat, Bitmoji, Spectacles, pengiklanan, dan lain-lain yang berpaut kepada Dasar Privasi ini - menyediakan cara yang cepat dan seronok untuk mengekspreskan diri anda, hidup dalam detik kehidupan, ketahui tentang dunia, dan berseronok bersama!.

Apabila anda menggunakan perkhidmatan ini, anda akan berkongsi beberapa maklumat dengan kami. Jadi, kami ingin mengetahui terlebih dahulu tentang maklumat yang kami kumpul, bagaimana kami menggunakannya, dengan siapa kami berkongsi, dan kawalan yang kami berikan kepada anda untuk mengakses, mengemas kini dan memadam maklumat anda.

Itu sebabnya kami menulis Dasar Privasi ini. Dan itu sebabnya kami cuba menulisnya dengan cara yang bebas daripada kata-kata perundangan yang sering mengaburkan dokumen-dokumen sebegini. Sudah tentu, jika anda masih mempunyai pertanyaan tentang mana-mana perkara dalam Dasar Privasi kami sila hubungi kami.

Anda dikehendaki membaca keseluruhan Dasar Privasi kami, tetapi, sekiranya anda hanya mempunyai beberapa minit atau ingin mengingat semula sesuatu perkara di masa hadapan, anda boleh melihat di ringkasan ini—supaya anda boleh menyemak semula beberapa maklumat asas dalam hanya beberapa minit.

Maklumat Yang Kami Kumpul

Terdapat tiga kategori asas maklumat yang dikumpulkan oleh kami:

  • Maklumat yang anda berikan.

  • Maklumat yang kami dapat semasa anda menggunakan perkhidmatan kami.

  • Maklumat yang kami dapat daripada pihak ketiga.

Berikut adalah sedikit penerangan lanjut tentang setiap kategori ini.

Maklumat Yang Anda Berikan.

Apabila anda berinteraksi dengan perkhidmatan kami, kami mengumpul maklumat yang anda bekalkan kepada kami Sebagai contoh, kebanyakkan daripada perkhidmatan kami memerlukan anda untuk menyediakan akaun Snapchat, oleh yang demikian kami perlu mengumpul beberapa butiran penting tentang anda, seperti nama, nama pengguna, kata laluan, alamat emel, nombor telefon, dan tarikh lahir anda. Kami juga boleh meminta anda untuk menyediakan kami dengan beberapa maklumat tambahan yang akan boleh dilihat oleh umum di perkhidmatan kami,, seperti gambar profil atau avatar Bitmoji. Perkhidmatan lain, seperti produk perdagangan, boleh juga meminta anda memberi kami nombor kad debit atau kredit dan maklumat akaun yang berkaitan.

Sudah tentu, anda juga akan membekalkan kami apa-apa sahaja maklumat yang anda hantar melalui perkhidmatan kami, seperti Snap dan Sembang. Perlu diingat bahawa pengguna yang melihat Snap, Sembang, dan kandungan lain anda boleh menyimpann kandungan atau salinan di luar aplikasi. Jadi, akal yang sama yang terpakai kepada internet secara amnya terpakai kepada Snapchat juga: Jangan hantar mesej aau berkongsi kandungan yang anda tidak mahu seseorang simpan atau kongsi.

Apabila anda menghubungi khidmat sokongan pelanggan atau berkomunikasi dengan kami dengan apa cara lain sekalipun, kami akan mengumpul apa sahaja maklumat yang anda berikan secara sukarela atau yang diperlukan untuk menyelesaikan pertanyaan anda.

Maklumat Yang Kami Peroleh Semasa Anda Menggunakan Perkhidmatan Kami

Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, kami mengumpul maklumat tentang perkhidmatan mana yang telah anda gunakan dan bagaimana anda menggunakannya. Kami mungkin tahu, sebagai contoh, anda menonton Cerita tertentu, nampak iklan tertentu untuk tempoh yang tertentu, dan menghantar beberapa Snap. Berikut adalah penjelasan yang lebih lengkap tentang jenis maklumat yang kami kumpul apabila anda menggunakan perkhidmatan kami:

  • Maklumat Penggunaan. Kami mengumpul maklumat tentang aktiviti anda melalui perkhidmatan kami. Sebagai contoh, kami mungkin mengumpul maklumat tentang:

    • bagaimana anda berinteraksi dengan perkhidmatan kami, misalnya jenis penapis yang anda lihat dan gunakan untuk Snap, Cerita yang anda tonton di Terokai, sama ada anda menggunakan Spectacles, atau pertanyaan carian yang anda lakukan.

    • bagaimana anda berkomunikasi dengan Snapchatter lain, misalnya nama mereka, waktu dan tarikh komunikasi anda, jumlah pertukaran mesej dengan rakan-rakan anda, siapakah rakan yang paling banyak membalas mesej dengan anda, dan interaksi anda dengan mesej (seperti apabila anda membuka sesuatu mesej atau mengambil syot layar).

  • Maklumat Kandungan. Kami mengumpul kandungan yang anda cipta di perkhidmatan kami, seperti stiker khusus, dan maklumat tentang kandungan yang anda cipta atau sediakan, misalnya jika penerima telah melihat kandungan dan metadata yang disertakan dengan kandungan tersebut.

  • Maklumat Peranti. Kami mengumpul maklumat dari dan tentang peranti yang anda gunakan. Sebagai contoh, kami mengumpul:

    • maklumat tentang perkakasan dan perisian anda, misalnya model perkakasan, versi sistem operasi, memori peranti, pengecam pengiklanan, pengecam aplikasi unik, aplikasi yang dipasang, pengecam peranti unik, jenis pelayar, papan kekunci yang dipasang, bahasa, tahap bateri dan zon waktu;

    • maklumat daripada sensor peranti, misalnya meter pecutan, giroskop, kompas, mikrofon dan sama ada anda telah bersambung dengan fon kepala; dan

    • maklumat mengenai sambungan tanpa wayar dan rangkaian mudah alih anda, seperti nombor telefon mudah alih, pembekal perkhidmatan, alamat IP dan kekuatan isyarat.

  • Buku Telefon Peranti. Kerana Snapchat adalah mengenai berkomunikasi dengan rakan-rakan, kami boleh — dengan kebenaran anda — mengumpul maklumat dari buku telefon peranti anda.

  • Kamera dan Foto. Sebilangan besar perkhidmatan kami menghendaki kami mengumpul gambar dan maklumat lain dari kamera dan foto peranti anda. Sebagai contoh, anda tidak akan dapat menghantar Snap atau memuat naik foto dari gulung kamera anda melainkan kami dapat mengakses kamera atau foto anda.

  • Maklumat Lokasi. Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, kami boleh mengumpul maklumat tentang lokasi anda. Dengan kebenaran anda, kami juga dapat mengumpul maklumat tentang lokasi tepat anda menggunakan kaedah yang merangkumi GPS, rangkaian tanpa wayar, menara telefon, titik akses Wi-Fi, dan sensor lain, seperti giroskop, akselerometer, dan kompas.

  • Maklumat yang Dikumpulkan oleh Kuki dan Teknologi Lain. Seperti kebanyakan perkhidmatan dalam talian dan aplikasi mudah alih, kami boleh menggunakan kuki dan teknologi lain, seperti storan web, penyimpanan web, dan pengecam pengiklanan yang unik, untuk mengumpul maklumat tentang aktiviti, penyemak imbas dan peranti anda. Kami juga mungkin menggunakan teknologi ini untuk mengumpul maklumat apabila anda berinteraksi dengan perkhidmatan yang kami tawarkan melalui salah seorang rakan kongsi kami, seperti ciri-ciri pengiklanan dan perdagangan . Sebagai contoh, kami boleh menggunakan maklumat yang dikumpul di tapak web yang lain untuk menunjukkan anda iklan yang lebih berkaitan. Kebanyakan penyemak imbas web ditetapkan untuk menerima kuki secara lalai. Jika anda mahu, biasanya anda boleh mengeluarkan atau menolak kuki penyemak imbas melalui seting pada penyemak imbas atau peranti anda. Perlu diingat, bahawa walaupun mengeluar atau menolak kuki boleh menjejaskan ketersediaan dan fungsi perkhidmatan kami. Untuk ketahui lebih lanjut tentang bagaimana kami dan rakan kongsi kami menggunakan kuki di perkhidmatan kami dan pilihan anda, sila lihat Dasar Kuki kami.

  • Maklumat Log. Kami juga mengumpul maklumat log apabila anda menggunakan tapak web kami, seperti:

    • butiran tentang cara anda menggunakan perkhidmatan kami;

    • maklumat peranti, seperti jenis dan bahasa pelayar web anda;

    • masa akses;

    • halaman dilihat;

    • alamat IP;

    • pengecam yang berkaitan dengan kuki atau teknologi lain yang mungkin mengecam peranti atau pelayar anda secara unik; dan

    • halaman yang dilayari sebelum atau selepas menavigasi ke laman web kami.

Maklumat Yang Kami Kumpulkan daripada Pihak Ketiga

Kami boleh mengumpul maklumat tentang anda daripada pengguna lain,ahli gabungan dan pihak ketiga kami. Berikut adalah beberapa contoh:

  • Jika anda memautkan akaun Snapchat anda ke perkhidmatan lain (seperti Bitmoji atau aplikasi pihak ketiga), kami mungkin menerima maklumat daripada perkhidmatan lain tersebut, misalnya cara anda menggunakan perkhidmatan itu.

  • Pengiklan, pembangunan aplikasi, penerbit, dan pihak ketiga lain boleh berkongsi maklumat dengan kami juga. Kami boleh menggunakan maklumat ini, antara cara yang lain, untuk membantu menyasar atau mengukur prestasi iklan. Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang penggunaan kami terhadap data pihak ketiga sebegini diPusat Sokongan kami.

  • Jika pengguna lain memuat naik senarai kenalan mereka, kami mungkin menggabungkan maklumat daripada senarai kenalan pengguna tersebut dengan maklumat lain yang telah kami dikumpulkan mengenai anda.

Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat

Apa yang kami lakukan dengan maklumat yang kami kumpul? Untuk jawapan terperinci, pergi ke sini . Jawapan ringkasnya adalah: Memberi anda satu set produk dan perkhidmatan yang luar biasa yang kami pertingkatkan secara berterusan. Berikut adalah cara-cara yang kami melakukannya:

  • membangun, mengoperasi, menambah baik, menyampaikan, menyelenggara dan melindungi produk dan perkhidmatan kami.

  • menghantar komunikasi kepada anda, termasuk melalui e-mel. Sebagai contoh, kami boleh menggunakan e-mel untuk menjawab pertanyaan sokongan atau untuk berkongsi maklumat tentang produk, perkhidmatan, dan tawaran promosi yang kami rasa boleh menarik minat anda.

  • memantau dan menganalisa trend dan penggunaan.

  • mempersonalisasikan perkhidmatan kami oleh, antara lainnya, mencadang rakan-rakan, maklumat profil, atau pelekat Bitmoji, membantu Snapchatter mencari satu sama lain dalam Snapchat, aplikasi dan perkhidmatan sekutu dan pihak ketiga, atau menyesuaikan kandungan yang kami tunjukkan kepada anda, termasuk pengiklanan.

  • memberi konteks kepada pengalaman anda melalui, antara lainnya, mengetag kandungan Memori anda menggunakan maklumat lokasi tepat anda (jika anda telah memberi kebenaran kepada kami untuk mengumpul maklumat tersebut) dan menggunakan label lain berdasarkan kandungan.

  • menyedia dan memperbaiki perkhidmatan pengiklanan kami, sasaran iklan, dan pengukuran iklan, termasuk melalui penggunaan maklumat tepat lokasi anda (sekali lagi, jika anda memberi kami kebenaran untuk mengumpul maklumat tersebut), kedua-dua di dalam dan di luar perkhidmatan kami. Lihat bahagianKawal Maklumat Anda di bawah untuk maklumat lebih lanjut tentang amalan pengiklanan Snap Inc. dan pilihan anda.

  • meningkatkan keselamatan produk dan perkhidmatan kami.

  • mengesahkan identiti anda dan mencegah penipuan atau aktiviti lain yang tidak dibenarkan atau melanggar undang-undang.

  • menggunakan maklumat yang dikumpulkan daripada kuki dan teknologi lain untuk meningkatkan perkhidmatan kami dan pengalaman anda semasa menggunakannya.

  • melaksana, menyiasat, dan melapor tingkah laku yang mencabul Terma Perkhidmatan kami dan dasar lain yang digunakan, bertindak balas terhadap permintaan penguatkuasa undang-undang, dan mematuhi keperluan undang-undang.

Kami juga boleh menggunakan maklumat dari kamera TrueDepth Apple untuk meningkatkan kualiti Lensa. Maklumat dari kamera TrueDepth digunakan dalam masa sebenar — kami tidak menyimpan maklumat ini di pelayan kami atau berkongsi dengan pihak ketiga.

Bagaimana Kami Berkongsi Maklumat

Kami boleh berkongsi maklumat tentang anda dengan cara yang berikut:

  • Dengan Snapchatter yang lain. Kami boleh berkongsi maklumat berikut dengan Snapchatter yang lain:

    • maklumat mengenai anda, seperti nama pengguna, nama dan Bitmoji anda.

    • maklumat tentang bagaimana anda berinteraksi dengan perkhidmatan kami, seperti "skor," Snapchat anda, nama-nama Snapchatter dengan rakan anda dan maklumat lain yang akan membantu Snapchatter memahami hubungan anda dengan orang lain menggunakan perkhidmatan kami. Sebagai contoh, sebab mungkin tidak jelas sama ada permintaan rakan baharu datang daripada seseorang yang sebenarnya anda kenal, kami mungkin akan berkongsi sama ada anda dan pemohon mempunyai persamaan dengan Snapchat.

    • sebarang maklumat tambahan yang anda telah arahkan kami untuk berkongsi. Sebagai contoh, Snap akan berkongsi maklumat anda apabila anda menghubungkan akaun Snapchat anda kepada aplikasi pihak ketiga, dan jika anda berkongsi maklumat atau kandungan dari Snapchat kepada aplikasi pihak ketiga.

    • kandungan yang anda siar atau hantar. Sejauh mana kandungan anda dikongsi bergantung pada seting peribadi anda dan jenis perkhidmatan yang anda gunakan. Sebagai contoh, Snap boleh dihantar hanya kepada seorang rakan yang anda pilih, tetapi kandungan Cerita Saya anda mungkin dapat dilihat oleh Snapchatter yang mana anda izinkan untuk melihat Cerita Saya.

  • Dengan semua Snapchatter, rakan kongsi perniagaan kami dan masyarakat umum. Kami boleh berkongsi maklumat berikut dengan semua Snapchatter dan juga dengan rakan kongsi perniagaan kami dan masyarakat umum:

    • maklumat umum seperti nama, nama pengguna, gambar profil, KodSnap dan Profil Umum anda.

    • Kandungan Umum seperti penghantaran Highlights, Customs, Pelekat, Lensa, Cerita dijangka dapat dilihat oleh Semua orang, dan mana-mana kandungan yang anda hantarkan kepada perkhidmatan awam yang wujud, seperti Spotlight, Peta Snap, dan perkhidmatan sumber orang ramai yang lain. Kandungan ini dapat dilihat, diguna dan dikongsi oleh orang ramai di dalam dan di luar perkhidmatan kami, termasuk melalui hasil carian, di tapak web, dalam aplikasi, dan dalam siaran dalam talian dan luar talian.

  • Dengan ahli gabungan kami. Kami boleh berkongsi maklumat dengan entiti dalam keluarga syarikat-syarikat Snap Inc.

  • Dengan pihak ketiga. Kami boleh berkongsi maklumat tentang anda dengan pembekal perkhidmatan yang melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami, termasuk mengukur dan mengoptimumkan prestasi iklan dan menghantar lebih banyak iklan yang berkaitan, termasuk tapak web pihak ketiga dan aplikasi. Ketahui lebih lanjut di sini.

    • Kami boleh berkongsi maklumat tentang anda dengan rakan kongsi yang membekalkan perkhidmatan dan kefungsian ke atas perkhidmatan kami. Untuk maklumat lebih lanjut tentang maklumat yang dikumpul oleh pihak ketiga tentang perkhidmatan kami, lawati Laman Sokongan kami.

    • Kami mungkin berkongsi maklumat tentang anda, misalnya maklumat peranti dan penggunaan, untuk membantu kita dan pihak lain mencegah penipuan.

    • Kami boleh berkongsi maklumat tentang anda untuk sebab-sebab undang-undang, keselamatan dan sekuriti. Kami mungkin berkongsi maklumat tentang anda jika kami percaya bahawa pendedahan maklumat itu diperlukan untuk:

      • mematuhi mana-mana proses undang-undang yang sah, permintaan oleh pihak kerajaan atau undang-undang, peraturan atau aturan yang terpakai.

      • menyiasat, memulih, atau melaksanakan Terma Perkhidmatan yang berpotensi dan pencabulan Garis Panduan Komuniti.

      • melindungi hak, hak milik atau keselamatan kita, pengguna kami atau pihak lain.

      • mengesan dan menyelesaikan sebarang masalah penipuan atau keselamatan.

    • Kami boleh berkongsi maklumat tentang anda sebagai sebahagian daripada penggabungan atau pengambilalihan. Jika Snap Inc. terlibat dalam penggabungan, penjualan aset, pembiayaan, pembubaran atau kebankrapan, atau pengambilalihan semua atau sebahagian perniagaan kami kepada syarikat lain, kami boleh berkongsi maklumat anda dengan syarikat itu sebelum dan selepas transaksi ditutup.

  • Maklumat bukan peribadi. Kami juga mungkin berkongsi dengan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan kepada kita atau melaksanakan tujuan perniagaan untuk kita maklumat agregat, tidak boleh dikenal pasti secara peribadi atau dihapuskan ciri pengenalpastian.

Kandungan dan Integrasi Pihak Ketiga

Perkhidmatan kami mungkin mengandungi kandungan dan integrasi pihak ketiga. Contoh termasuk integrasi pihak ketiga dalam Kamera, permainan pihak ketiga dalam Sembang, dan integrasi Kit Snap pihak ketiga. Melalui integrasi ini, anda boleh membekalkan maklumat kepada pihak ketiga dan juga kepada Snap. Kami tidak bertanggungjawab dengan bagaimana pihak ketiga tersebut mengumpul atau mengguna maklumat anda. Seperti biasa, kami menggalakkan anda untuk mengkaji semula dasar privasi setiap perkhidmatan pihak ketiga yang anda lawati atau gunakan, termasuk pihak ketiga yang anda berinteraksi melalui perkhidmatan kami. Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan pihak ketiga di Snapchatdi sini.

Berapa Lama Kami Menyimpan Maklumat Anda

Snapchat membolehkan anda merakam bagaimana rasanya hidup pada saat ini. Bagi pihak kami, itu bermaksud kebanyakkan mesej — seperti Snap dan Sembang - yang dihantar dalam Snapchat akan dipadamkan secara automatik secara lalai dari pelayan kami setelah kami mengesannya telah dibuka oleh semua penerima atau telah tamat tempoh. Kandungan lain, seperti siaran Cerita, disimpan lebih lama. Untuk maklumat terperinci mengenai berapa lama kami menyimpan pelbagai jenis kandungan, lihat Laman Sokongan kami.

Kami menyimpan maklumat lain untuk jangka masa yang lebih lama. Sebagai contoh:

  • Kami menyimpan maklumat asas akaun anda—seperti nama, nombor telefon dan alamat e-mel anda—dan senarai rakan-rakan sehingga anda meminta kami memadamkannya.

  • Kami menyimpan maklumat lokasi untuk jangka masa yang berbeza berdasarkan seberapa tepatnya dan perkhidmatan mana yang anda gunakan. Jika maklumat lokasi dikaitkan dengan Snap - seperti yang disimpan ke Memori atau disiarkan ke Peta Snap - kami akan mengekalkan lokasi itu selama kami menyimpan Snap. Tip pro: Anda boleh melihat lokasi data yang kami simpan tentang anda dengan memuat turun data anda.

Sekiranya anda pernah memutuskan untuk berhenti menggunakan Snapchat, anda boleh minta kami memadamkan akaun anda. Kami juga akan memadam kebanyakkan maklumat yang kami kumpul tentang anda tersebut selepas anda menjadi tidak aktif untuk selama tempoh tertentu!

Perlu diingat bahawa, walaupun sistem kami direka untuk melaksanakan amalan pemadaman kami secara automatik, kami tidak dapat menjanjikan bahawa pemadaman akan berlaku dalam jangka waktu tertentu. Mungkin akan terdapat keperluan undang-undang untuk menyimpan data anda dan kami boleh menggantung amalan pemadaman jika kami menerima proses undang-undang yang sah meminta kami untuk memelihara kandungan, jika kami menerima laporan penyalahgunaan atau pencabulan Terma Perkhidmatan yang lain, atau jika akaun atau kandungan yang dicipta oleh anda ditanda oleh orang lain atau sistem kami tentang penyalahgunaan atau pencabulan Terma Perkhidmatan yang lain. Akhir sekali, kami boleh juga menyimpan maklumat tertentu sebagai sandaran untuk jangka waktu yang terhad atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

Kawalan Ke Atas Maklumat Anda

Kami mahu anda memiliki kawalan ke atas maklumat anda, oleh itu, kami telah menyediakan alat-alat berikut untuk anda.

  • Akses, Pembetulan, dan Mudah alih. Anda boleh mengakses dan mengedit sebahagian besar maklumat asas akaun anda di aplikasi kami. Anda juga boleh menggunakan Muat turun Data Saya untuk mendapatkan salinan maklumat yang tidak tersedia dalam aplikasi kami dalam format mudah alih, supaya anda boleh memindahkannya atau menyimpannya di mana sahaja anda inginkan. Disebabkan privasi anda penting bagi kami, kami mungkin meminta anda mengesahkan identiti anda atau memberikan maklumat tambahan sebelum kami membiarkan anda mengakses atau mengemas kini maklumat peribadi anda. Kami juga boleh menolak permintaan anda untuk mengakses atau mengemas kini maklumat peribadi anda atas beberapa sebab, termasuk, sebagai contoh, jika permintaan tersebut membahayakan privasi pengguna lain atau menyalahi undang-undang.

  • Membatalkan kebenaran. Dalam kebanyakkan kes, jika anda membenar kami menggunakan maklumat anda, anda boleh membatalkan kebenaran anda dengan menukar seting di aplikasi atau pada peranti anda jika peranti anda menawarkan pilihan tersebut. Sudah tentu, jika anda melakukannya, perkhidmatan tertentu mungkin kehilangan fungsi sepenuhnya.

  • Pemadaman. Walaupun kami berharap anda akan kekal sebagai Snapchatter seumur hidup, jika atas sebab tertentu anda ingin memadam akaun anda, pergi ke sini untuk mengetahui caranya. Anda juga boleh memadam beberapa maklumat dalam aplikasi, seperti foto yang telah anda simpan ke Memori, penghantaran Spotlight, dan sejarah carian.

  • Pilihan Pengiklanan. Kami cuba menunjukkan kepada anda iklan yang kami fikir berkaitan dengan minat anda. Jika anda mahu mengubah suai maklumat yang kami dan rakan kongsi pengiklanan kami gunakan untuk memilih iklan-iklan ini, anda boleh berbuat demikian dalam aplikasi dan melalui pilihan di peranti anda. Pergi ke sini untuk ketahui lebih lanjut.

  • Berkomunikasi dengan Snapchatter yang lain. Penting bagi kami agar anda sentiasa mengawal dengan siapa anda berkomunikasi. Itulah sebabnya kami telah membina sebilangan alat dalam Tetapan yang membolehkan anda menunjukkan, antara lain, siapa anda mahu melihat Cerita anda, sama ada anda ingin menerima Snap hanya dari rakan-rakan anda atau semua Snapchatter dan sama ada anda mahu menyekat Snapchatter yang lain daripada menghubungi anda lagi. Pergi ke sini untuk ketahui lebih lanjut.

Pemindahan Data Antarabangsa

Kami boleh mengumpul maklumat peribadi anda dari, memindahkannya ke, dan menyimpan dan memprosesnya di Amerika Syarikat dan negara lain di luar tempat anda tinggal. Bila-bila masa kami berkongsi maklumat di luar tempat yang anda tinggal, apabila kami diminta secara sah untuk melakukannya, kami akan memastikan bahawa terdapatnya mekanisma pemindahan yang bersesuaian. Kami juga akan memastikan bahawa mana-mana pihak ketiga yang kami kongsi maklumat dengan mempunyai mekanisma pemindahan yang bersesuaian juga. Anda boleh memperolehi lebih maklumat tentang mekanisma pemindahan data yang kami gunakan di sini, dan kategori pihak ketiga yang kami kongsi maklumat di sini.

Maklumat Tertentu Negeri dan Wilayah

Anda mungkin mempunyai hak privasi tertentu dalam negeri atau wilayah anda. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, penduduk di California dan negeri lain mempunyai hak privasi tertentu. Snapchatter di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA), UK, Brazil, Korea Republik, dan bidang kuasa lain juga mempunyai hak tertentu. Kami mempunyai gambaran keseluruhan pendedahan tertentu negeri dan wilayah di sini.

Kanak-kanak

Perkhidmatan kami tidak bertujuan untuk — dan kami tidak mengarahkannya kepada — orang yang di bawah umur 13 tahun. Itu sebabnya kami tidak dengan sengaja mengumpul maklumat peribadi daripada sesiapa yang berumur di bawah 13 tahun. Di samping itu, kami mungkin menghadkan cara kami mengumpul, mengguna, dan menyimpan beberapa maklumat pengguna EEA dan UK berusia antara 13 dan 16 tahun. Dalam beberapa kes, ini bermaksud kami tidak dapat memberikan fungsi tertentu kepada pengguna ini. Jika kami perlu bergantung pada persetujuan sebagai asas undang-undang untuk memproses maklumat anda dan negara anda memerlukan persetujuan daripada ibu bapa, kami mungkin memerlukan persetujuan ibu bapa anda sebelum kami mengumpul dan menggunakan maklumat tersebut.

Pindaan kepada Dasar Privasi

Kami boleh mengubah Dasar Privasi ini dari masa ke semasa. Tetapi apabila kami melakukannya, kami akan memberitahu anda dengan apa cara sekalipun. Kadang-kadang, kami akan memberitahu anda dengan menyemak tarikh di bahagian atas Dasar Privasi yang tersedia di tapak web dan aplikasi mudah alih kami. Pada masa lain, kami mungkin memberi anda pemberitahuan tambahan (seperti menambahkan pernyataan ke halaman tapak web kami atau memberi anda pemberitahuan dalam aplikasi).