Muzik pada Garis Panduan Snapchat
Muzik dapat merakam emosi anda, meningkatkan keekspresian anda, menerangkan bagaimana perasaan anda, dan mengatur suasana untuk seketika. Itulah sebabnya kami mulai menawarkan perpustakaan muzik (yang kami panggil, "Bunyi") yang anda dapat tambahkan ke mesej foto dan video menggunakan kamera Snapchat (yang kami sebut "Snap"). Kami sangat teruja melihat apa yang anda cipta dengan Bunyi, tetapi harus diingat penggunaan anda mesti mematuhi garis panduan berikut, yang melengkapi Terma Perkhidmatan Snap.
Anda tidak boleh mencipta, menghantar, atau menyiarkan Snap menggunakan Bunyi dengan cara yang mencipta perkhidmatan mendengar muzik atau perkhidmatan penstriman video muzik premium yang tidak dibenarkan.
Walaupun kami menyokong ekspresi diri, termasuk tentang politik dan agama, kami juga percaya bahawa artis berhak menentukan bila dan bagaimana karya mereka digunakan dalam pernyataan politik dan agama. Oleh itu, anda tidak boleh menggunakan Bunyi dalam ucapan politik atau agama.
Anda tidak boleh menggunakan Bunyi untuk mencipta, menghantar, atau menyiarkan Snap yang sebaliknya melanggar Terma Perkhidmatan Snap, seperti:
Snap yang menyalahi undang-undang;
Snap yang mengancam, berunsur pornografi, merupakan ucapan kebencian, menghasut keganasan, atau mengandungi tanpa pakaian (selain daripada penyusuan susu ibu atau penggambaran tanpa pakaian lain dalam konteks bukan seksual), atau keganasan grafik atau tidak sepatutnya; atau
Snap yang mencabuli atau melanggar hak orang lain termasuk, tanpa batasan, hak untuk publisiti, privasi, hak cipta, cap dagangan, atau hak harta intelektual lain.
Anda tidak boleh mengubah ciri asas melodi atau lirik Bunyi atau mencipta adaptasi Bunyi. Anda tidak boleh menggunakan Bunyi dalam cara yang tidak menyenangkan atau menyakitkan hati (budi bicara tunggal kami) atau yang boleh mendedahkan kami, pemegang lesen kami, Perkhidmatan tersebut atau pengguna lain kepada apa-apa liabiliti atau kerugian.
Bunyi boleh digunakan untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial. Sebagai contoh, Bunyi tidak boleh digunakan untuk mencipta, menghantar atau menyiarkan Snap (atau siri Snap) yang ditaja oleh, mempromosi, atau mengiklan mana-mana jenama, produk, barang, atau perkhidmatan.
Snap menggunakan Bunyi hanya boleh dihantar atau disiarkan melalui Perkhidmatan. Anda tidak boleh menghantar, berkongsi, atau menyiarkan Snap dengan Bunyi pada perkhidmatan pihak ketiga. Pengedaran tanpa kebenaran Snap yang mengandungi Bunyi tertakluk kepada mana-mana undang-undang terpakai, termasuk undang-undang pelanggaran hak cipta, dan hak-hak, dasar, dan kuasa mana-mana perkhidmatan pihak ketiga yang terpakai.
Setakat mana anda menggunakan Bunyi dengan cara yang tidak mematuhi garis panduan ini, penggunaan itu boleh dikeluarkan daripada Perkhidmatan tanpa notis kepada anda, dan anda mungkin tertakluk pada penguatkuasaan di bawah undang-undang terpakai, termasuk undang-undang pelanggaran hak cipta. Muzik yang tersedia di Bunyi disediakan di bawah lesen dari pihak ketiga. Anda tidak dibenarkan untuk menggunakan mana-mana muzik ini untuk teks atau tujuan perlombongan data tanpa lesen yang lain dari pemegang hak yang terpakai. Kesemua hak tersebut adalah dirizabkan kepada pemegang hak terpakai.
Jika kandungan anda mengandungi muzik selain Bunyi, anda bertanggungjawab untuk mendapatkan mana-mana lesen dan hak yang diperlukan untuk muzik tersebut. Mana-mana kandungan tersebut boleh dibisukan, dikeluarkan, atau dipadamkan jika penggunaan muzik oleh anda tidak dibenarkan. Pencabulan Garis Panduan Muzik ini boleh menyebabkan penyahaktifan akaun Snap anda. Bunyi mungkin tidak tersedia ada di semua wilayah.