Terma Program Ganjaran Rujukan Snapchat

Berkuat kuasa: 15 Ogos 2025

NOTIS PENIMBANGTARAAN: JIKA ANDA TINGGAL DI A.S. ATAU JIKA TEMPAT PERNIAGAAN UTAMA ANDA DI A.S., ANDA TERIKAT DENGAN PERUNTUKAN PENIMBANGTARAAN YANG DINYATAKAN DALAM SNAP INC. TERMA PERKHIDMATAN.

1. Pengenalan

Sila baca Terma Program Ganjaran Rujukan Snapchat ini dengan teliti. Terma Program Ganjaran Rujukan Snapchat ialah kontrak yang mengikat secara sah antara anda dan Snap, dan mengawal penyertaan anda dalam program yang membolehkan anda menjemput pengguna baharu untuk mencipta akaun Snapchat ("Program Ganjaran Rujukan Snapchat"). Terma Program Rujukan Snapchat ini digabungkan melalui rujukan dengan Terma Perkhidmatan Snap, Garis Panduan Komuniti dan mana-mana terma, garis panduan dan dasar lain yang berkenaan. Setakat mana Terma Program Ganjaran Rujukan Snapchat ini bercanggah dengan mana-mana terma lain, Terma Program Ganjaran Rujukan Snapchat ini akan mengawal. Program Ganjaran Rujukan Snapchat adalah sebahagian daripada “Perkhidmatan” Snap seperti yang ditakrifkan. Terma Perkhidmatan Snap

2. Rujukan

a. Tertakluk kepada pematuhan anda terhadap Terma Program Ganjaran Rujukan Snapchat ini dan sebarang kriteria kelayakan lain yang ditentukan atau dimaklumkan oleh kami mengikut budi bicara mutlak kami (“Kriteria Kelayakan”), kami mungkin membenarkan anda untuk menyertai Program Ganjaran Rujukan Snapchat. Setelah diterima ke dalam Program Ganjaran Rujukan Snapchat, anda boleh menjemput individu (“Penerima Jemputan”) untuk mencipta akaun Snapchat (“Pendaftaran”), sebagai balasan Snap akan memberikan anda ganjaran seperti yang dimaklumkan melalui Perkhidmatan (“Ganjaran”). . 

b. Snap akan memberi anda pautan URL unik yang boleh dikongsi dengan Penerima Jemputan (“Pautan Jemput”). Anda hanya akan guna Pautan Jemputan untuk menjemput Penerima Jemputan dalam Program Ganjaran Rujukan Snapchat.

3. Kelayakan dan Pengecualian

a. Program Ganjaran Rujukan Snapchat (termasuk tempoh masa di mana Pendaftaran mesti dilakukan) akan tersedia dalam jangka masa tertentu seperti dimaklumkan melalui Perkhidmatan, ("Tempoh Program Ganjaran"), tertakluk kepada ketersediaan, dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak kami. Untuk membuka Tempoh Program Ganjaran, anda mesti memenuhi Kriteria Kelayakan yang dimaklumkan dalam Perkhidmatan atau ditetapkan dalam Terma Program Rujukan Snapchat (contohnya bilangan pendaftaran).

b. Untuk layak bagi Tempoh Program Ganjaran, anda atau Penerima Jemputan (mengikut mana yang berkenaan) mesti memenuhi kriteria berikut: (i) Penerima Jemputan mesti mencipta akaun dalam Perkhidmatan menggunakan Pautan Jemputan anda; (ii) Penerima Jemputan mesti mencipta akaun Snapchat dalam tempoh kelayakan seperti dimaklumkan kepada anda melalui Perkhidmatan. Selepas tempoh kelayakan itu, Pautan Jemputan akan tamat dan tidak boleh digunakan; (iii) Penerima Jemputan tidak boleh mempunyai akaun dalam Perkhidmatan atau pernah mempunyai akaun pada bila-bila masa; (iv) anda mesti menetap di negara yang dimaklumkan dalam Perkhidmatan. dan (v) anda mesti mempunyai akaun Snapchat yang berada dalam keadaan baik serta tidak tertakluk kepada sebarang siasatan yang aktif atau tindakan penguatkuasaan oleh Snap atas melanggar Terma Program Ganjaran Rujukan Snapchat, Garis Panduan Komuniti, atau mana-mana terma dan dasar Snap.

c. Anda tidak boleh melakukan perkara berikut berkaitan penyertaan anda dalam Program Ganjaran Rujukan Snapchat (“Aktiviti Dilarang”): (i) menghantar Penerima Jemputan dengan spam pautan jemputan atau kandungan lain, termasuk melalui cara automatik/separa automatik; (ii) hantar jemputan tanpa diminta kepada Penerima Jemputan; (iii) menghantar kandungan yang tidak mematuhi Garis Panduan Komuniti; (iv) menggunakan cara palsu atau mengelirukan untuk mendapatkan Pendaftaran, termasuk mengalihkan pelawat secara automatik atau menipu, pautan teks tersembunyi, pautan yang mengelirukan, atau klik yang paksa; (v) mencipta, akaun palsu atau meminta orang lain mecipta, Snapchat termasuk menggunakan bot atau cara automatik atau bukan manusia yang lain; (vi) menawarkan pembayaran wang atau ganjaran lain kepada Penerima Jemputan untuk mencipta akaun pada dalam Perkhidmatan; (vii) cuba menyamar sebagai Snap atau individu lain, atau menyiratkan sebarang kaitan dengan Snap; (viii) menghantar kandungan yang mengandungi virus, kuda Trojan, cacing (worms), bom masa, bot pembatalan, atau rutin pengaturcaraan komputer lain yang bertujuan untuk merosakkan, mengganggu, atau secara tersembunyi memintas atau merampas sebarang sistem, data, atau maklumat peribadi; atau (ix) menghantar kandungan yang melanggar hak harta intelek pihak ketiga.

d. Snap boleh mengecualikan sebarang Pendaftaran daripada pertimbangan jika Snap, mengikut budi bicara mutlaknya, menentukan bahawa pendaftaran tersebut tidak berpunca dari Pautan URL anda atau berkaitan dengan Aktiviti Dilarang.

4. Tempoh Program Ganjaran

Tempoh Program Ganjaran tiada nilai tunai dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau faedah lain, dipindahkan, dihadiahkan semula atau dijual kepada mana-mana individu atau akaun. Snap boleh hadkan tempoh Program Ganjaran yang anda layak terima atau kenakan sekatan lain mengikut budi bicara mutlaknya. Snap boleh menarik balik atau membatalkan mana-mana Tempoh Program Ganjaran pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya, termasuk jika kami mendapati anda telah melanggar Terma Program Ganjaran Rujukan Snapchat ini atau Garis Panduan Komuniti selepas bermulanya Tempoh Program Ganjaran.

5. Program Ganjaran Snapchat+

Untuk layak mendapat Snapchat+ sebagai Ganjaran ("Program Ganjaran Snapchat+"), anda mesti: (i) tidak pernah melanggan Snapchat+ sebelum ini; dan (ii) menetap di AS. 

Tertakluk kepada Terma Program Ganjaran Rujukan Snapchat dan Kriteria Kelayakan, versi Snapchat+ yang diterima sebagai Ganjaran tidak termasuk pas rakan (buddy passes) dan pemulihan streak percuma (free streak restore.).