Terma Repositori Snap
Dikeluarkan: 18 Jun 2021
Terma Respositori Snap ini (Terma-terma") membentuk satu ikatan perjanjian yang sah antara anda dan samada (i) Snap Inc. jika anda satu entiti yang mempunyai tempat perniagaan utama di Amerika Syarikat; atau (ii) Snap Group Limited jika anda satu entiti yang mempunyai tempat perniagaan utama di luar Amerika Syarikat ("Snap"). Terma-terma ini mentadbir akses dan penggunaan anda ke atas respositori Snap ("Repositori") dan mana-mana perisian, API, dokumentasi, data, kod, maklumat (termasuk Maklumat Kerahsiaan Snap), atau bahan lain yang tersedia ada kepada anda melalui Respositori (bersama dengan Repositori, "Hartanah Snap"). Seperti yang digunakan di dalam Terma-terma ini, "anda" atau "anda" bermakna pihak yang klik butang "Terima" atau "Hantar" atau sebaliknya mengakses atau menggunakan Hartanah Snap dan mana-mana syarikat, entiti, atau organisasi atas nama bagi pihak yang bertindak. Dengan mengklik "Terima" atau "Hantar" atau sebaliknya mengakses atau menggunakan Hartanah Snap anda bersetuju untuk terikat dengan Terma-terma ini. Snap boleh mengemaskini Terma-terma ini pada bila-bila masa. Snap boleh memaklumkan anda tentang kemaskini tersebut dan akses atau penggunaan berterusan Hartanah Snap oleh anda adalah dianggap sebagai satu penerimaan ke atas kemaskini tersebut.
a. Semua Hartanah Snap adalah tersedia untuk anda atas budi bicara tunggal Snap untuk tujuan seperti berikut ("Tujuan"): Untuk membolehkan anda membantu Snap dalam mengoptimumkan dan/atau pembangunan ciri-ciri baharu dalam aplikasi mudah alih Snapchat menggunakan keupayaan dari peranti anda, termasuk peralatan tegar dan perisian yang berkaitan dengan peranti kamera asli (setiap satunya adalah "Implementasi Peranti"). Bantuan sedemikian boleh merangkumi, tetapi tidak terhad kepada, membekalkan maklum balas atau cadangan, dan meningkatkan, menguji, penyahpepijatan, atau modifikasi Hartanah Snap, tgermasuk kod sumber (secara kolektif, "Perkhidmatan" tersebut).
b. Anda tidak boleh mengakses atau menggunakan Hartanah Snap jika anda dilarang daripada melakukannya di bawah undang-undang Amerika Syarikat atau mana-mana bidang kuasa terpakai termasuk, sebagai contoh, jika anda muncul di dalam Senarai Pihak yang Disekat, atau menghadapi larangan sedemikian di mana-mana bidang kuasa.
c. Perkhidmatan hanya akan boleh dilaksanakan oleh pekerja anda yang dibenarkan oleh Snap secara bertulis (emel adalah mencukupi) ("Pekerja yang Dibenarkan"). Anda memerlukan Pekerja yang Dibenarkan untuk bersetuju secara bertulis untuk mematuhi kewajipan sekurang-kurangnya sekatan seperti yang terkandung di dalam Terma-terma ini. Anda akan memastikan bahawa Pekerja yang Dibenarkan mematuhi semua peraturan, aturan, dasar, dan arahan yang terpakai dari Snap. Snap akan mengeluarkan mana-mana individu dari senarai Pekerja yang Dibenarkan pada bila-bila masa dan anda akan bekerjasama dengan pengeluaran sedemikian.
d. Anda mesti melindungi, merahsiakan, dan tidak berkongsi mana-mana kunci, kelayakan, kata laluan atau token akses yang dibekalkan kepada anda oleh Snap untuk akses atau penggunaan Hartanah Snap ("Kelayakan") atau sebaliknya membekalkan akses kepada Hartanah Snap kepada sesiapa selain daripada Pekerja yang Dibenarkan. Anda akan melaksanakan dan mengekalkan perlindungan teknikal, fizikal, dan pentadbiran bersesuaian dengan piawai industri semasa untuk melindungi keselamatan dan kerahsiaan semua Hartanah Snap. Sebagai tambahan, anda mesti membekalkan Snap dengan notis bertulis segera (i) semua insiden yang mengakibatkan atau boleh menyebabkan penggunaan, pengeluaran semula, pendedahan, modifikasi, penyimpanan, pemusnahan, rasuah, atau kehilangan yang tidak dibenarkan akan mana-mana Hartanah Snap atau Kelayakan; dan (ii) jika Pekerja yang Dibenarkan tidak lagi bekerja atau diambil bekerja oleh anda dan akan dengan serta merta mengambil apa-apa tindakan yang perlu dan/atau diperlukan oleh Snap untuk melindungi, menyahdayakan dan/atau mengemaskini Kelayakan anda untuk melarang apa-apa akses selanjutnya kepada Hartanah Snap oleh Pekerja yang Dibenarkan tersebut. Anda bertanggungjawab ke atas apa-apa aktiviti yang berlaku menggunakan Kelayakan anda.
a. Anda akan mendeposit SDK, dokumentasi, maklumat, data, teknologi, dan bahan berkaitan yang lain ke dalam Repositori, termasuk semua pengubahsuaian dan kemas kini, sebagaimana diperlukan atau diminta oleh Snap untuk membolehkan pengujian, pembangunan, integrasi, pelaksanaan, penyahpepijatan, penyelenggaraan, dan sokongan semua Pelaksanaan Peranti yang dipersetujui bersama ("Bahan Deposit"). Anda boleh mendapatkan kebenaran bertulis Snap (emel diterima) sebelum mendeposit apa-apa Bahan Deposit ke dalam Repositori.
b. Anda akan menggunakan usaha munasabah komersial untuk dengan segera mengubahsuai atau mengemas kini Bahan Deposit seperti yang diperlukan untuk menyokong Pelanksanaan Peranti dan bersesuaian dengan cadangan-cadangan Snap. Kemas kini kepada kod sumber untuk apa-apa Bahan Deposit akan dibuat oleh anda diluar Repositori dan apabila ia telah dikemas kini, mendeposit ke dalam Repositori sebagai ganti versi yang lama.
c. Anda membenarkan Snap dan sekutunya lesen yang bukan eksklusif, kekal, seluruh dunia, bebas royalti, untuk menggunakan Bahan Deposit berkaitan dengan Tujuan tersebut, termasuk menguji, membangun, mengintegrasi, melaksanakan, menyahpepijat, mengekalkan, dan menyokong Pelaksanaan Peranti.
d.S nap bersetuju bahawa ia tidak akan mengubahsuai, merekayasa balik, atau mengumpul semula Bahan Deposit tanpa terahahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada anda.
a. Tertakluk kepada Terma-terma ini, Snap memberikan kepada anda lesen yang terhad, tidak eksklusif, tidak boleh pindah milik, tidak boleh disub-lesen, boleh ditarik balik kepada secara dalaman melalui Pekerja yang dibenarkan: (i) guna dan akses Hartanah Snap untuk melaksanakan Tujuan tersebut; dan (ii) akses, guna, dan ubah suai Hartanah Snap hanya setakat perlu untuk menguji, membangun, mengintegrasi, melaksanakan, nyahpepijat, mengekalkan, dan menyokong Pelaksanaan Peranti bagi pihak dan hanya untuk manfaat Snap dan bersesuaian dengan dokumentasi dan spesifikasi termasuk atau disediakan bersama dengan Hartanah Snap atau disediakan oleh Snap dari masa ke masa.
b. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan:
i. mengakses, melaksanakan kerja atas, memindah, atau menyalin Hartanah Snap di luar daripada Respositori;
ii. menjual, menyewa, memajak, memberi sub-lesen, menyerahhakkan, membuat sindiket, mengubah suai, merekayasa balik, menyahkompilasi, menyalin, mengeluarkan semula, meminjam, mendedahkan, mengedar, memindahkan, mencipta kerja-kerja derivatif, atau sebaliknya menggunakan Hartanah Snap kecuali seperti yang dibenarkan dengan nyata di bawah Terma-terma ini;
iii. memindahkan ke dalam Hartanah Snap mana-mana "pintu belakang", "bom masa", "kuda Trojan," "cecacing," "peranti pengintipan," "virus," "perisian intip," atau "perisian hasad," atau apa-apa kod komputer atau rutin perisian, yang membenarkan akes yang tidak dibenarkan kepada, menyahdaya, merosakkan, memadam, mengganggu, atau merosakkan operasi normal, atau penggunaan mana-mana Hartanah Snap atau aplikasi mudah alih Snapchat ("Kod Hasad");
iv. memasukkan, menggabung, atau sebaliknya menyebabkan Hartanah Snap diedarkan dengan perisian sumber terbuka yang boleh menyebabkan Hartanah Snap, atau mana-mana derivatif dengannya, tertakluk kepada semua atau sebahagian daripada kewajipan lesen atau terma berkaitan dengan harta intelektual yang lain terhadap perisian sumber terbuka sebegitu, termasuk kewajipan yang mana Hartanah Snap, atau mana-mana derivatif dengannya, didedahkan atau diedarkan sebagai kod sumber, dilesenkan untuk tujuan membuat derivatif perisian sebegitu, atau di edar semula secara percuma;
v. memasukkan apa-apa harta intelektual atau bahan ke dalam Hasil Hantaran atau sebaliknya memberikan Snap dengan Bahan Deposit yang melanggar atau mencabul hak harta intelektual pihak ketiga;
vi. menggunakan Hartanah Snap untuk tujuan mengenalpasti atau memberi bukti untuk menyokong mana-mana tuntutan pelanggaran paten yang berpotensi terhadap Snap atau sekutu Snap;
vii. mengubah atau mengalih mana-mana notis hak cipta atau notis proprietari yang lain yang mungkin terbit di mana-mana bahagian Hartanah Snap; atau
viii. mengguna, atau membenarkan pihak ketiga untuk menggunakan, Hartanah Snap untuk bersaing dengan atau mereplika mana-mana aplikasi, produk, atau perkhidmatan Snap.
a. Semua Harta Snap adalah dan akan kekal sebagai hak milik tunggal Snap atau pemberi lesen pihak ketiga yang terpakai dan hanya akan digunakan oleh anda untuk Tujuan yang bersesuaian dengan Terma-terma ini. Semua Bahan Deposit adalah dan akan kekal menjadi harta anda atau pemberi lesen pihak ketiga anda yang terpakai dan hanya akan digunakan oleh Snap untuk Tujuan yang bersesuaian dengan Terma-terma ini. Kecuali seperti yang peruntukkan di dalam Terma-terma ini, tiada yang ditafsirkan sebagai memberi apa-apa pemilikan dalam, atau lesen kepada, mana-mana Harta Snap kepada anda atau mana-mana Bahan Deposit kepada Snap. SEMUA HAK SETIAP PIHAK YANG TIDAK DINYATAKAN DENGAN JELAS DI BAWAH TERMA-TERMA INI ADALAH DIRIZAB SECARA JELAS OLEH PIHAK TERSEBUT.
b. Apa-apa: (i) peningkatan, modifikasi, atau kemas kini kepada, atau kerja-kerja derivatif yang dicipta oleh, Hartanah Snap oleh anda atau bagi pihak anda; dan (ii) keputusan lain daripada Perkhidmatan tersebut, ("Penghantaran") adalah "kerja yang dibuat untuk disewa" (Seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Hak Cipta A.S.) dan akan menjadi Hartanah Snap. Setakat mana-mana Penghantaran tidak boleh dianggap sebagai "kerja yang dibuat untuk disewa" di bawah undang-undang terpakai, anda menyerahhakan kepada Snap semua hak, hak milik, dan kepentingan dalam dan kepada Penghantaran tersebut dan semua hak harta intelektual di dalam Penghantaran tersebut. Anda akan melaksanakan apa-apa dokumen dan mengambil langkah-langkah munasabah yang diminta oleh Snap, atas perbelanjaan Snap, untuk Snap melindungi dan melaksanakan hak harta intelektual Snap di bawah Bahagian ini.
c. Anda tidak boleh sama sekali melibatkan mana-mana kod, perisian, atau bahan pihak ketiga dalam Penghantaran tanpa terlebih dahulu memperolehi kebenaran bertulis Snap dalam setiap perkara. Sekiranya anda memasukkan mana-mana harta intelektual yang sedia ada atau harta intelektual pihak ketiga dalam Penghantaran yang tidak diserahhakan atau dianggap "kerja yang dibuat untuk disewa" menurut Bahagian 4.b di atas, anda membenarkan Snap dan sekutunya satu lesen yang dibayar penuh yang tidak eksklusif, kekal, bebas royalti, tidak boleh dibatalkan, seluruh dunia, boleh dipindahmilik, boleh disub-lesenkan untuk digunakan, diarkib, disalin, dicache, mengekod, disimpan, dikeluarkan semula, diedar, dipindah, diselaraskan, dipapar secara umum, dan dipersembahkan secara terbuka harta intelektual dalam Penghantaran tersebut untuk mengeksploit Penghantaran tersebut walaupun mereka adalah "kerja yang dibuat untuk disewa."
d. Jika mana-mana pihak memilih untuk membekalkan pihak yang satu lagi dengan apa-apa komen, cadangan, idea, peningkatan, atau maklum balas tentang produk atau perkhidmatan mereka (secara kolektifnya, "Maklum balas"), Maklum balas tersebut dibekalkan seadanya dan pihak yang menerima Maklum balas tersebut boleh menggunakannya atas risiko sendiri tanpa apa-apa kewajipan kerahsiaan, atribusi, pampasan, atau tangungjawab lain kepada pihak yang membekalkan Maklum balas tersebut.
a. Pihak yang menerima Maklumat Kerahsiaan, samada secara langsung atau dari pihak ketiga yang bertindak bagi pihak tersebut ("Penerima") akan: (ii) menggunakan Maklumat Kerahsiaan hanya untuk Tujuan tersebut, kecuali dipersetujui sebaliknya oleh pihak yang mendedahkan Maklumat Kerahsiaan, samada secara langsung atau oleh pihak ketiga yang bertindak bagi pihak tersebut ("Pendedah") secara bertulis; (ii) untuk tidak mendedahkan, mengedar, atau sebaliknya menyebarkan Maklumat Kerahsiaan kepada sesiapa selain daripada pengarah, pekerja, kontraktor, agen sekutunya, dan penasihat profesional (“Perwakilan”) yang mempunyai keperluan untuk mengetahui dan yang terikat dengan kewajipan kerahsiaan yang sekurang-kurangnya menyekat seperti yang terkandung di dalam Terma-terma ini; (iii) melindungi Maklumat Kerahsiaan dengan sekurang-kurangnya tahap penjagaan yang sama seperti yang digunakannya untuk melindungi maklumat kerahsiaannya sendiri yang serupa, kecuali yang Penerima mesti gunakan dengan sekurang-kurangnya penjagaan yang wajar; (iv) dengan segera memaklumkan Pendedah apabila ia mendapat tahu bahawa Maklumat Kerahsiaan telah hilang, digunakan tanpa kebenaran, atau didedahkan tanpa kebenaran, dan (v) bertanggungjawab jika mana-mana Perwakilannya mencabul Bahagian 5. "Maklumat Kerahsiaan" membawa maksud (A) apa-apa maklumat kerahsiaan dan proprietari yang Pendedah atau sekutunya dedahkan kepada Penerima atau sekutunya berhubung dengan Tujuan tersebut; (B) Terma-terma ini; (C) kewujudan hubungan antara pihak-pihak; (d) Hartanah Snap dan Kelayakannya; atau (E) apa-apa maklumat lain berkaitan dengan, didedahkan, diakses, diterima, disimpan, atau dikumpul (dalam setiap kes, untuk atau bagi pihak, Pendedah), atau sepatutnya difahami secara wajar, adalah rahsia kepada Pendedah.
b. Kecuali untuk Hartanah Snap, kewajipan Penerima di bawah Bahagian 5, tidak termasuk maklumat yang Penerima boleh tunjukkan dengan bukti sah yang mencukupi: (i) adalah atau menjadi tersedia kepada umum melalui bukan kesalahan Penerima; (ii) diketahui oleh Penerima sebagai bebas daripada apa-apa kewajipan kerahsiaan apabila ia didedahkan kepada Penerima; (iii) kemudiannya disampaikan kepada Penerima tanpa apa-apa kewajipan kerahsiaan, atau (iv) dibangunkan secara bebas oleh Penerima tanpa menggunakan atau merujuk kepada Maklumat Kerahsiaan.
c. Penerima boleh mendedahkan Maklumat Kerahsiaan setakat yang diperlukan oleh undang-undang yang terpakai. Tetapi Penerima mesti dengan segera memaklumkan Pendedah secara bertulis tentang pendedahan yang diperlukan dan membantu Pendedah dalam mendapatkan, atas perbelanjaan Pendedah, perintah perlindungan melarang atau mengehadkan pendedahan tersebut.
d. Setiap pihak mengakui dan bersetuju bahawa pihak yang satu lagi boleh secara bebas mencipta aplikasi, kandungan, ciri-ciri, kefungsian dan produk dan perkhidmatan lain yang serupa dengan produk dan perkhidmatannya, dan tiada apa-apa di dalam Terma-terma ini yang akan ditafsirkan sebagai menyekat atau melarang mana-mana pihak daripada mencipta dan mengeksploit sepenuhnya produk dan perkhidmatan yang dibangunkannya secara bebas.
e. Apabila Terma-terma ini ditamatkan, atau pada bila-bila masa apabila salah satu pihak membuat permintaan bertulis, Penerima akan memulangkan kepada Pendedah atau jika diminta oleh Pendedah, memadam atau memusnahkan, semua Maklumat Kerahsiaan yang asal dan salinan.
a. Representasi Am dan Waranti. Setiap pihak memberi representasi dan waranti kepada pihak yang satu lagi: (i) ia mempunyai kuasa penuh untuk memasuki Terma-terma ini dan mempunyai hak, kuasa dan otoriti penuh untuk melaksanakan kewajipan-kewajipannya di bawah Terma-terma ini; (i) ia adalah satu entiti yang wujud secara sah dan mempunyai reputasi yang baik di bawah undang-undang bidang kuasa perbadanannya atau organisasi di mana pihak tersebut ditubuhkan atau diatur; (iii) ia akan mematuhi undang-undang terpakai dan standard privasi terpakai dalam melaksanakan kewajipannya di bawah Terma-terma ini; dan (iv) kemasukkannya ke dalam dan pelaksanaan kewajipannya di bawah Terma-terma ini tidak akan mendatangkan konflik dengan atau mengakibatkan pelanggaran atau pencabulan mana-mana kewajipan atau tanggungjawabnya terhadap pihak ketiga. Sebagai tambahan, anda memberikan representasi dan waranti bahawa anda akan dan kekal mematuhi dengan keperluan yang diperincikan di dalam Bahagian 3.
b. Anti-Rasuah. Setiap pihak memberikan representasi, waranti, dan berjanji bahawa: (i) ia akan mematuhi, dan akan menghendaki setiap orang yang mewakilinya untuk mematuhi, dengan semua undang-undang, aturan dan peraturan, anti-rasuah yang terpakai; dan (ii) ia tidak akan memberi, menawarkan, bersetuju untuk memberi, atau memberi kebenaran secara langsung atau tidak langsung, apa-apa yang bernilai untuk mempengaruhi tindakan atau bukan tindakan yang tidak betul. Walau apa pun peruntukan lain Terma-terma ini, pihak yang tidak melanggar boleh menamatkan Terma-terma ini tanpa memberikan apa-apa tempoh memperbaiki jika pihak yang satu lagi melanggar peruntukan ini.
c. Kawalan Perdagangan. Setiap pihak memberi representasi, waranti, dan berjanji bahawa: (i) pelaksanaannya di bawah Terma-terma ini akan mematuhi semua sekatan ekonomi, kawalan ekspot, dan undang-undang anti-boikot yang terpakai; (ii) samada ia atau syarikat induk, subsidiari, atau sekutu yang terlibat di dalam perlaksanaan Terma-terma ini termasuk di dalam senarai pihak terhad yang dikendalikan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang terpakai, termasuk A.S. Senarai Warganegara Khusus dan Senarai Penghindar Sekatan Luar (Senarai Pihak yang Disekat"); (iii) ia tdak dimiliki atau dikawal oleh sesiapa yang berada di dalam Senarai Pihak yang Disekat; dan (iv) dalam pelaksanaan Terma-terma ini, ia tidak akan menjalankan perniagaan dengan atau membekalkan barangan atau perkhidmatan, secara langsung atau tidak langsung, kepada sesiapa di dalam Senarai Pihak yang Disekat atau kepada mana-mana negara yang mana perdagangan adalah dilarang oleh mana-mana sekatan yang terpakai. Walau apa pun peruntukan lain Terma-terma ini, pihak yang tidak melanggar boleh dengan serta-merta menamatkan Terma-terma ini tanpa memberikan apa-apa tempoh memperbaiki jika pihak yang satu lagi melanggar peruntukan ini. Sebagai tambahan jika anda bersetuju bahawa anda tidak akan mengimpot, mengekspot, mengekspot semula, atau memindah Hartanah Snap melanggar mana-mana undang-undang Amerika Syarikat yang terpakai atau undang-undang terpakai mana-mana bidang kuasa yang lain, atau kepada mana-mana orang, entiti, atau negara yang dilarang yang mencabul undang-undang tersebut, termasuk Huawei Technologies Co., Ltd.
d. Penolakan. KECUALI UNTUK WARANTI YANG DINYATAKAN DI ATAS, SETIAP PIHAK MENOLAK SEMUA MANA-MANA WARANTI YANG LAIN (TERSURAT, TERSIRAT, BERKANUN, ATAU SEBALIKNYA, TERMASUK WARANTI KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, HAKMILIK, ATAU BUKAN PELANGGARAN) TERHADAP PELAKSANAANNYA DI BAWAH TERMA-TERMA INI. TANPA MEMBATASKAN YANG TERSEBUT DI ATAS, HARTANAH SNAP DISEDIAKAN "SEADANYA" DAN SNAP TIDAK AKAN MEMBUAT APA-APA REPRESENTASI ATAU WARANTI BAHAWA AKSES KEPADA ATAU PENGGUNAAN HARTANAH SNAP TIDAK AKAN DIGANGGU ATAU BEBAS KESILAPAN.
a. Anda dan Snap boleh menamatkan Terma-terma ini serta merta: (i) jika pihak yang satu lagi gagal untuk membetulkan pelanggaran material Terma-terma ini dalam tempoh 15 hari selepas menerima notis bertulis akan pelanggaran material tersebut dari pihak yang satu lagi; atau (ii) selepas notis bertulis kepada pihak yang satu lagi diikuti: (x) pemulaan oleh atau terhadap pihak yang satu lagi tentang prosiding insolvensi, penerimaan, atau kebankrapan atau apa-apa prosiding lain untuk penyelesaian hutang pihak yang satu lagi; (y) pihak yang satu lagi membuat penyerahhakan untuk manfaat pihak pemiutang; atau (z) pembubaran pihak yang satu lagi.
b. Snap boleh, atas budi bicara tunggal Snap, pada bila-bila masa, dan tanpa notis menamatkan Terma-terma ini dan/atau menggantung, atau mengehadkan akses kepada atau penggunaan Hartanah Snap oleh anda, atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas penamatan Terma-terma ini dan/atau akses kepada Hartanah Snap oleh anda, atau pada bila-bila masa selepas permintaan bertulis Snap, anda mesti dengan serta merta berhenti menggunakan dan mengakses Hartanah Snap dan anda boleh mengeluarkan Bahan Deposit dari Repositori.
c. Bagi megelakkan keraguan, penamatan Terma-terma ini adalah tanpa prejudis kepada hak Snap untuk terus menggunakan Bahan Deposit anda seperti yang dilaksanakan di dalam aplikasi Snapchat.
a. Setiap pihak akan menanggung rugi, membela, dan tidak membahayakan pihak yang lain, dan pengarah, pegawai, pekerja, dan agen masing-masing daripada dan terhadap apa-apa dan semua liabiliti, kerosakan, kos, dan semua perbelanjaan yang berkaitan (termasuk fi guaman yang munasabah) dari tuntutan, aduan, saman, prosiding dari pihak ketiga atau tindakan pihak ketiga yang lain (setiap satu, "Tuntutan") yang timbul dari atau ke atas akaun untuk apa-apa pelanggaran oleh satu pihak akan representasi atau waranti di bawah Terma-terma ini.
b. Pihak yang menuntut untuk ditanggung rugi akan dengan segera memaklumkan secara bertulis kepada pihak yang menanggung rugi, tetapi apa-apa kegagalan untuk memaklumkan pihak yang menanggung rugi tidak akan melepaskan anda dari apa-apa liabiliti atau kewajipan anda di bawah Bahagian ini, kecuali setakat anda diprejudis secara material disebabkan oleh kegagalan terebut. Pihak yang ditanggung rugi akan secara munasabah bekerjasama dengan pihak yang menanggung rugi, atas perbelanjaan pihak yang menanggung rugi, berkaitan dengan pembelaan, tolak ansur, atau penyelesaian apa-apa Tuntutan. Pihak yang menanggung rugi tidak akan bertolak ansur atau menerima apa-apa Tuntutan dalam apa cara sekalipun tanpa keberanan bertulis pihak yang ditanggung rugi, yang mana kebenaran bertulis tersebut tidak akan ditahan secara tidak munasabah. Pihak yang ditanggung rugi boleh mengambil bahagian (atas kosnya sendiri) dalam pembelaan, tolak ansur, dan penyelesaian Tuntutan dengan peguam pilihannya sendiri.
KECUALI BERKENAAN DENGAN KECUAIAN MELAMPAU ATAU SALAH LAKU YANG DISENGAJAKAN, PELANGGARAN HAK HARTA INTELKTUAL, ATAU KEWAJIPAN YANG TIMBUL DARI BAHAGIAN 5, 6 ATAU 8, KE TAHAP MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG TERPAKAI, SAMADA PIHAK ATAU SEKUTUNYA TIDAK AKAN DISALAHKAN UNTUK APA-APA KEROSAKAN SECARA LANGSUNG, SECARA KEBETULAN, KEPERLUAN KHAS, PUNITIF, ATAU PELBAGAI, ATAU APA-APA KEHILANGAN KEUNTUNGAN ATAU HASIL, ATAU PERNIAGAAN, SAMADA DITANGGUNG SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG, ATAU APA-APA KEHILANGAN DATA, PENGGUNAAN, MUHIBAH, ATAU KEHILANGAN YANG TIDAK KETARA, DI BAWAH TERMA-TERMA INI WALAUPUN TELAH DINASIHATI AKAN KEMUNGKINAN KEROSAKAN TERSEBUT BERLAKU.
a. Notis. Snap boleh memberikan notis kepada anda melalui emel. Anda mesti memastikan bahawa maklumat hubungan dan akaun anda adalah semasa dan betul, dan segera memaklumkan Snap secara bertulis akan apa-apa perubahan ke atas maklumat tersebut. Notis oleh anda kepada Snap mesti dibuat secara bertulis dan dihantar kepada penerima berikut mana-mana alamat lain yang Snap nyatakan secara bertulis: (i) jika kepada Snap Inc., 3000 31st St. Suite C, Santa Monica, CA 90405, Untuk perhatian: Ketua Peguam; dengan salinan kepada: legalnotices@snap.com; dan (ii) jika kepada Snap Group Limited, 7-11, Lexington Street, London, United Kingdom, W1F 9AF, Untuk perhatian: Ketua Peguam; dengan salinan kepada: legalnotices@snap.com. Notis akan dianggap diberi apabila diserahkan secara kendiri, semasa penghantaran jika dihantar secara perkhidmatan mel antarabangsa yang diiktiraf (e.g., Federal Express), kurir semalaman, atau mel disahkan atau berdaftar, pos prabayar, resit penerimaan dikembalikan, atau melalui penghantaran secara emel yang sah.
b. Keberlangsungan. Bahagian berikut akan kekal berkuat kuasa setelah penamatan mana-mana Terma-terma ini: Bahagian 1(d), 3(b), 4 sehingga 6, 7(c) dan 8 sehingga 10, dan mana-mana peruntukan lain Terma-terma ini yang memerlukan kewajipan berterusan. Kewajipan lain akan tamat pada tarikh kuat kuasa penamatan Terma-terma ini.
c. Hubungan Pihak-pihak. Terma-terma ini tidak menubuhkan apa-apa agensi, rakan kongsi, atau kerjasama antara pihak-pihak.
d. Penyerahhakan. Anda tidak boleh menyerahhakan atau memindah mana-mana bahagian daripada Terma-terma ini, samada secara penggabungan, operasi undang-undang, penyatuan, penstrukturan semula, penjualan semua atau sebahagian besar aset atau sebaliknya, tanpa kebenaran bertulis dari Snap.
e. Klausa Perkecualian dan Penepian. Jika mana-mana peruntukan Terma-terma ini didapati tidak boleh dilaksanakan atau tidak sah, penemuan tersebut tidak akan menjejaskan mana-mana peruntukan lain Terma-terma ini. Penepian atau kegagalan untuk melaksanakan mana-mana peruntukan Terma-terma ini lebih daripada sekali tidak akan menyekat satu pihak dari kemudiannya menguatkuasakan peruntukan tersebut atau mana-mana peruntukan yang lain.
f. Undang-undang Mentadbir; Tempat Eksklusif; Kebenaran Bidang Kuasa; Penepian Bicara Dengan Juri. Terma-terma ini dan apa-apa tindakan yang berkaitan dengannya, termasuk, tanpa had, tuntutan tort, akan ditadbir oleh undang-undang Negeri Kalifornia, tanpa memberi kesan ke atas mana-mana dasar konflik undang-undang. Apa-apa pertikaian berkaitan dengan atau timbul daripada Terma-terma ini mesti dibawa secara eksklusif di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat untuk Daerah Tengah Kalifornia, tetapi jika mahkamah tersebut tidak mempunyai bidang kuasa ke atas litigasi tersebut, maka Mahkamah Agung Kalifornia, Wilayah Los Angeles akan mempunyai forum eksklusif untuk menyelesaikan litigasi tersebut. Para pihak bersetuju untuk bidang kuasa peribadi di kedua mahkamah. SETIAP PIHAK SECARA NYATA MENEPIKAN APA-APA HAK UNTUK PERBICARAAN DENGAN JURI DALAM APA-APA TINDAKAN ATAU PROSIDING YANG DIBAWA OLEH ATAU TERHADAP PIHAK YANG SATU LAGI.
g. Pentafsiran. d. Rujukan pada sesebuah Bahagian merangkumi semua sub-bahagiannya. Tajuk Bahagian hanya untuk kemudahan dan tidak akan mempengaruhi bagaimana Terma -terma ini ditafsirkan. Melainkan Terma-terma ini merujuk secara khusus kepada "hari bekerja", semua rujukan untuk "hari" bermaksud hari kalendar. Terma-terma ini akan ditafsirkan seolah-olah ia digubal bersama oleh pihak-pihak, dan tiada peruntukan ditafsirkan sebagai tidak memihak kepada pihak tersebut kerana peruntukan tersebut digubal oleh pihak tersebut. Perkataan "termasuk," "termasuklah," dan "juga termasuk" bermaksud, "tanpa had."
h. Fi Guaman. Dalam setiap tindakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Terma-terma atau Perkhidmatan ini, pihak yang mengatasi akan berhak untuk mendapatkan kembali yuran dan kos guaman yang munasabah.
i. Tiada Benefisiari Pihak Ketiga. Terma-terma ini tidak memberikan apa-apa manfaat kepada mana-mana pihak ketiga kecuali dinyatakan secara jelas tentangnya.
j. Publisiti dan Tanda. Kecuali kebenaran terdahulu diperolehi daripada Snap bagi setiap perkara, Pembekal Perkhidmatan tidak boleh membut apa-apa pernyataan umum (i) berkenaan dengan kandungan Terma-terma ini, atau kewujudan hubungan perniagaan dengan Snap berkaitan dengan terma-terma ini; atau (ii) menggunakan Tanda Snap. Sekiranya Snap memberi kebenaran ke atas penggunaan tersebut di bawah Terma-terma ini, penggunaan tersebut akan berlaku sepenuhnya untuk manfaat Snap dan boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Snap atas budi bicara tunggalnya. Snap boleh menggunakan nama Pembekal Perkhidmatan, logo, atau maklumat pengenalpastian lain, atau imej untuk apa-apa tujuan. Setiap pihak akan mematuhi logo tersebut dan garis panduan penggunaan tanda niaga pihak yang satu lagi yang diberikan secara bertulis apabila menggunakan nama, logo, atau maklumat pengenalpastian yang lain atau imej pihak tersebut setakat yang dibenarkan di sini.
k. Keseluruhan Perjanjian; Konflik. Terma-terma ini menetapkan keseluruhan perjanjian pihak-pihak berkaitan dengan perihal Terma-terma ini dan mengatasi semua perbincangan terdahulu dan semasa antara pihak-pihak. Kecuali seperti yang dinyatakan di sini, Terma-terma ini boleh dipinda kecuali secara bertulis dan ditandatangani oleh pihak-pihak.